Thursday January 4, 2018
4:52 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Tunku Ismail Sultan Ibrahim (tengah) dianggap bergurau apabila menyatakan 'superman' boleh memimpin FAM. — Foto oleh Choo Choy May Tunku Ismail Sultan Ibrahim (tengah) dianggap bergurau apabila menyatakan 'superman' boleh memimpin FAM. — Foto oleh Choo Choy May KUALA LUMPUR, 4 Jan — Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menganggap Tunku Ismail Sultan Ibrahim “bergurau” apabila membayangkan ingin melepas jawatan presiden.

Timbalannya Datuk Wira Yusoff Mahadi mengulas kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang menyatakan “Superman” boleh memimpin baru badan itu.

“Saya sudah melihat video kenyataan TMJ itu, saya melihat ia lebih kepada gurauan,” katanya seperti dilapor portal Harian Metro.

Menyifatkan Tunku Ismail “tokoh paling tepat mengemudi FAM”, Yusoff berkata ada pihak sengaja menanam kebencian orang ramai terhadap putera raja itu.

“Saya melihat kebanyakan penyokong-penyokong suka menghentam dan tidak lihat sesuatu perkara itu secara realistik,” katanya. 

“Mungkin sikap menghentam tanpa asas membuat baginda menjadi semakin menyampah [menjadi presiden FAM].”

Iklan

Iklan

MMO Instagram