Saturday February 10, 2018
12:53 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

PAS dijangka menggugurkan sumpah baiah berikutan parti itu tidak lagi dalam keadaan genting. — Foto oleh Yusof Mat IsaPAS dijangka menggugurkan sumpah baiah berikutan parti itu tidak lagi dalam keadaan genting. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 10 Feb — PAS dijangka meggugurkan sumpah baiah talak tiga berikutan parti itu yakin semua calon pilihan raya walak.

Ketua Dewan Ulama PAS berkata sumpah itu akan diselaras di setiap negeri dan tidak menyentuh perceraian kerana kedudukan parti semakin kukuh, lapor Berita Harian.

Menolak baiah sebagai pendekatan ekstrem, Dr Mahfodz Mohamed berkata sumpah itu diperkenal berikutan Kerajaan Kelantan pimpinan Armarhum Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat ketika itu dalam keadaan genting.

Mendakwa mekanisme baiah diamal sejak zaman Rasulullah SAW, beliau berkata baiah mengelakkan wakil rakyat keluar dan merosakkan parti.

“Bagi PAS, sumpah baiah adalah satu cara mengikat ahli PAS menjadi wakil rakyat supaya sedar kemenangannya bukan kerana individu, sebaliknya atas kapasiti parti,” katanya.

“Secara umumnya sumpah baiah bermakna kita memberi ketaatan dan walak kepada parti, sekiranya melanggar baiah itu, maka secara umumnya Allah akan melaknat orang yang berbaiah itu”.

Iklan

Iklan

MMO Instagram