Monday June 19, 2017
2:24 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pengarah penjara berkata banduan melarikan diri menggunakan laluan terowong yang dibina lebih daripada seminggu. — Foto AFPPengarah penjara berkata banduan melarikan diri menggunakan laluan terowong yang dibina lebih daripada seminggu. — Foto AFPDENPASAR, 19 Jun — Seorang warga Malaysia Tee Kok King antara empat banduan yang melarikan diri dari Penjara Kerobokan di sini hari ini, lapor Reuters.

Pengarah penjara dilaporkan berkata Tee melarikan diri bersama tiga banduan lain dari Australia, Bulgaria dan India menggunakan laluan terowong.

“Terowong itu panjangnya kira-kira 12 meter.

“Kami menjangkakan ia mengambil masa lebih daripada seminggu untuk dibina,” Tony Nainggolan dilaporkan berkata.

Beliau berkata polis sudah menjalankan operasi menjejaki empat banduan berkenaan.

Katanya, banduan berkenaan dipercayai masih berada di Bali dan tidak jauh dari kawasan penjara.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline