Last updated Saturday, December 10, 2016 7:04 am GMT+8

Thursday December 1, 2016
1:40 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis Kuala Lumpur memburu tiga wanita, dipercayai warga China, yang didakwa menipu warga emas dengan cara pukau.Polis Kuala Lumpur memburu tiga wanita, dipercayai warga China, yang didakwa menipu warga emas dengan cara pukau.KUALA LUMPUR, 1 Dis ― Seorang wanita warga emas rugi RM87,000 apabila wang dan barang kemasnya “bertukar” menjadi dua botol air mineral dan beberapa ketul sabun.

Pesara Telekom Malaysia, 73, yang mendakwa dipukau tiga wanita China di Sri Petaling di sini pada 7 November lalu tersedar apabila membuka bungkusan di rumahnya.

Seorang suspek menepuk bahunya menyebabkan rasa khayal dan bertindak mengikut arahan selepas ditegur suspek kedua, kata polis seperti dilapor Kosmo!.

Seorang daripada suspek itu mendakwa mangsa membawa kecelakaan kepada keluarga dan memperkenalkan kepada suspek ketiga yang didakwa “sifu” untuk membuang sial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur berkata mangsa diiring ke rumah dan dua bank untuk menyerahkan wang dan barang kemas sebagai upah upacara tersebut.

“Dia kemudian menyerahkan wang tunai dan barang kemas bernilai RM87,000 kepada wanita ‘sifu’ itu bagi mereka melakukan upacara membuang sial sekali gus menyelamatkan anaknya daripada mati,” kata ACP Mohd Luthfi Ismail Abdullah.  

Mangsa melihat suspek memecahkan cermin kereta sambil menyebut nama anaknya sebelum menerima bungkusan yang disangka mengandungi barang kemas dan wangnya.

Mangsa menyedari ditipu sebaik tiba di rumahnya empat jam selepas kejadian, kata Mohd Luthfi.

Polis memburu semua suspek, dipercayai warga China, dan pemandu teksi berusia lingkungan 40-an yang membawa wanita malang tersebut sebelum upacara membuang sial.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline