Thursday April 20, 2017
7:47 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Jaafar Awang Teh, 79, luka di pipi kiri akibat terhantuk di pintu kereta selepas terperangkap selama 10 minit di lubang itu. — Foto ihsan Facebook/Putera KaryaJaafar Awang Teh, 79, luka di pipi kiri akibat terhantuk di pintu kereta selepas terperangkap selama 10 minit di lubang itu. — Foto ihsan Facebook/Putera KaryaGUA MUSANG, 20 April — Seorang warga emas terselamat selepas kereta yang dipandunya terjunam ke jalan runtuh pagi tadi.

Dalam kejadian 11 pagi, Jaafar Awang Teh, 79, luka di pipi kiri akibat terhantuk di pintu kereta selepas terperangkap selama 10 minit di kawasan itu.

"Saya tidak tahu dan memandu seperti biasa sehinggalah tiba di kawasan runtuhan dan tidak sempat tekan brek.

"Memang ada kon penghadang, tapi ia diletakkan tidak seperti menutup jalan. Itu yang saya lalu. Syukurlah tidak cedera parah.

"Nasib baik juga ada orang kampung lalu dan membantu kerana saya sukar keluar dari kereta disebabkan ia masih menggelongsor.

“Saya takut kejadian buruk berlaku lagi," katanya kepada Harian Metro selepas kejadian di Kampung Batu Papan 2 di sini hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) mendakwa masih menunggu peruntukan walau jalan berkenaan sudah terputus sejak Januari lalu.

Juruteranya, Fadhlil Wafi Nordin berkata kon penghadang sudah diletakkan bagi mengelak orang ramai melalui kawasan itu namun masih ada yang ingkar.

"Kita akan usulkan supaya pembaikan disegerakan," katanya kepada akhbar sama. 

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline