Tuesday November 14, 2017
5:59 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Mangsa banjir menerima bantuan tilam di Kampung Permatang Rawa, Bukit Mertajam, 14 November 2017. — Foto ihsan Facebook/Azahari Ary Mangsa banjir menerima bantuan tilam di Kampung Permatang Rawa, Bukit Mertajam, 14 November 2017. — Foto ihsan Facebook/Azahari Ary BUKIT MERTAJAM, 14 Nov — Seorang lelaki warga emas mati selepas menerima bantuan untuk mangsa banjir.

Ismail Ahmad, 71, terjatuh dari motosikalnya ketika mahu mengangkat tilam yang diterima di Kampung Permatang Rawa di sini, sekitar jam 2.50 petang.

Mangsa pengsan dan dibantu jururawat sebelum dibawa ke Hospital Bukit Mertajam, lapor Utusan Online.

Namun, Ismail dari Kampung Paya dekat Tanah Liat disahkan meninggal dunia jam 4.15 petang. 

Allahyarham antara penerima bantuan dalam majlis yang disempurnakan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline