Last updated Sunday, April 23, 2017 5:47 pm GMT+8

Friday April 21, 2017
7:12 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Foto sumbangan Hospital Saifee bertarikh 9 Mac 2017 menunjukkan Eman Ahmed Abd El Aty berbaring di katil hospital itu di Mumbai. — Foto AFPFoto sumbangan Hospital Saifee bertarikh 9 Mac 2017 menunjukkan Eman Ahmed Abd El Aty berbaring di katil hospital itu di Mumbai. — Foto AFPMUMBAI, 21 April — Wanita Mesir dengan berat 500kg berjaya mengurangkan separuh beratnya selepas dua bulan menjalani rawatan di India.  

Eman Ahmed Abd El Aty, dianggap “wanita paling gemuk di dunia”, tiba di sini pada Februari dengan pesawat yang terpaksa diubah suai khas, lapor AFP.  

Pesakit berusia 37 tahun itu berjaya menjalani pembedahan bulan lalu dan kini dapat duduk dan tersenyum mendengar muzik di Hospital Saifee.

“Beliau kelihatan lebih kurus dan gembira berbanding sebelum ini,” kata kumpulan doktor yang merawatnya, dengan menyatakan beratnya kini 250kg.

“Beliau sekarang boleh muat duduk di atas kerusi roda dan mampu duduk lebih lama, sesuatu yang kami tidak impikan tiga bulan lalu.”

El Aty tidak pernah keluar dari rumahnya di Iskandariah selama dua dekad sehinggalah datang ke India pada 11 Februari lepas.

Untuk membolehkan pembedahan dijalankan, beliau diberikan diet khas dalam bentuk cecair.

Selain menghidap angin ahmar akibat saiz badannya, wanita itu juga menghidap darah tinggi, kencing manis dan sukar tidur. Beliau juga sukar bercakap dan hampir lumpuh.

* Baca seterusnya di Malay Mail Online.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline