Friday February 9, 2018
11:29 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Abdul Jalil Hassan mendedahkan suspek wanita menunggu di kereta sewaktu anaknya dan rakan mencuri di masjid. — Foto ihsan Facebook/Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan mendedahkan suspek wanita menunggu di kereta sewaktu anaknya dan rakan mencuri di masjid. — Foto ihsan Facebook/Polis Melaka MELAKA, 9 Feb — Seorang ibu tunggal mendalangi kumpulan “Siti Jeram” yang mencuri tabung Masjid Ar-Rahman di Masjid Tanah pada 1 Februari lalu.

Suspek, 32 tahun, melakukan perbuatan itu bersama anak lelakinya, 13 tahun, yang tidak bersekolah dan rakan lelaki wanita itu, 20 tahun, lapor Kosmo!.

Namun mereka yang aktif sejak November lalu ditahan di Kampung Jeram, Masjid Tanah ketika sedang khayal dadah pada awal pagi 2 Februari lalu.

Ketua polis Melaka berkata tangkapan dibuat selepas menerimamaklumat. Rakaman CCTV masjid itu mengesan tiga suspek, yang positif syabu.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian suspek wanita itu yang juga seorang janda menunggu di dalam kereta jenis Perodua Viva.

“Manakala anaknya yang berusia 13 tahun dan seorang lagi rakannya masuk ke dalam masjid untuk mencuri,” kata Datuk Abdul Jalil Hassan.

Ketiga-tiga suspek hanya mendapat kurang RM50 dalam kejadian itu. Mereka disiasat bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri. 

Polis sedang menyiasat jika mereka terlibat kes pecah tabung masjid dan jenayah di lokasi lain, kata Abdul Jalil lagi.

Iklan

Iklan

MMO Instagram