Wednesday June 14, 2017
7:34 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

SAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata polis sedang mengesan suspek dan usaha menyelamatkan kanak-kanak malang itu sedang dijalankan. — Foto oleh KE OoiSAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata polis sedang mengesan suspek dan usaha menyelamatkan kanak-kanak malang itu sedang dijalankan. — Foto oleh KE OoiALOR STAR, 14 Jun — Polis sedang giat untuk menyelamatkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang video dia dipaksa menghisap dadah oleh bekas teman lelaki ibunya tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata ia selepas nenek mangsa yang berusia 53 tahun dan menetap di Gurun membuat laporan polis pada 4.39 petang, semalam selepas melihat video tersebut.

“Pada Isnin lalu, nenek mangsa melihat tujuh rakaman video yang telah dihantar oleh seorang lelaki yang merupakan bekas teman lelaki menantunya.

“Di dalam rakaman tersebut, cucunya dilihat dalam keadaan tidak berbaju dan khayal selepas diberi dadah jenis syabu oleh suspek.

“Nenek mangsa tidak pasti sama ada kejadian dilihat melalui rakaman video tersebut benar atau tidak kerana cucunya tinggal bersama ibu kandungnya dan bukan dengan bekas teman lelaki ibunya,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata nenek mangsa juga ingin menuntut kembali hak penjagaan ke atas cucunya kerana bimbang dengan keselamatan kanak-kanak itu.

Katanya polis sedang mengesan suspek yang telah dikenal pasti dan usaha untuk menyelamatkan kanak-kanak malang itu sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak Kanak 2001, katanya. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline