Tuesday July 18, 2017
12:16 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Tiga beradik Islam yang dibesarkan ibu saudara Hindu dan suaminya yang beragama Buddha khatam al-Quran bawah asuhan pasangan itu. — Foto AFPTiga beradik Islam yang dibesarkan ibu saudara Hindu dan suaminya yang beragama Buddha khatam al-Quran bawah asuhan pasangan itu. — Foto AFP

JERTIH, 18 Julai — Wanita Islam dan dua adiknya berasa selesa dibesarkan oleh ibu saudaranya dan suami yang masing-masing beragama Hindu dan Budhha.

Norehan Mohd Nor, 24, dijaga elok sebagai Muslim ketika tinggal bersama C Cheniah, anak jati Besut, dan suaminya sejak 23 tahun lalu, lapor Berita Harian.

“Selain menyediakan masakan Melayu untuk kami, beliau amat menitikberatkan kami dengan ajaran Islam dan marah jika meninggalkan solat dan puasa,” kata Norehan.

Cheniah, 65, mengakui anak-anak saudaranya, termasuk Nur Shahira, 22, dan Mohammad Harris Izzudin, 20, tidak mengabaikan Islam dan telah khatam al-Quran.

Mesra disapa Mek Nab, Cheniah mengasuh anak-anak adiknya yang memeluk Islam dengan seorang anggota polis sebelum pasangan itu bercerai.

“Adik kini tinggal di Kuala Lumpur dan menyerahkan kepada saya untuk mengasuh dan membesarkan tiga anaknya itu sehingga sekarang,” katanya.

Cheniah yang lahir di sini dan tinggal dalam masyarakat Melayu memudahkan beliau membesarkan mereka dengan ajaran agama itu.

“Jadi, dalam rumah kami ada penganut beragama Islam, Hindu dan Buddha tetapi ajaran Islam tetap diutamakan,” katanya kepada akhbar itu. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline