Tuesday July 18, 2017
12:51 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis Putrajaya menyiasat dakwaan seorang murid dipukul guru di sebuah sekolah di sini setelah gagal menjawab soalan bahasa Inggeris. — Paparan skrin GooglePolis Putrajaya menyiasat dakwaan seorang murid dipukul guru di sebuah sekolah di sini setelah gagal menjawab soalan bahasa Inggeris. — Paparan skrin GooglePUTRAJAYA, 18 Julai — Seorang murid darjah tiga didakwa ditumbuk di kepala oleh guru bahasa Inggerisnya sehingga terjatuh dan terkena bucu meja.

Kesan perbuatan guru itu menyebabkan murid, yang didakwa gagal menjawab soalan bahasa Inggeris, berasa rasa pening, loya dan sakit belakang, lapor Kosmo!.

Ibunya Nur Syaheera Sutchira Abdullah berkata anak lelakinya, yang kini takut ke sekolah, disedari sewaktu mengambil anaknya pulang, 12 Julai lalu.

“Saya sangat terkejut kerana sebelum ini guru berkenaan hanya mencubit dan ketuk kepala sahaja,” dakwa wanita itu dalam sidang akhbar semalam.  

“Ini perbuatan serius dan kejadian itu disahkan oleh rakan sekelas anak saya. 

“Saya dan suami Mubashir Ansar kemudian membawa anak ke klinik sebelum membuat laporan polis pada 14 Julai.”

Nur Syaheera mendakwa guru besar sekolah itu mempertahankan tindakan guru itu, malah mengesyorkan anaknya pula hadir ke kelas kaunseling.

Manakala Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) pula mahu aduan polis ditarik balik dan ada juga guru yang mengancam mahu menyamannya, dakwa wanita itu lagi.

Ketua polis daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata kes itu disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Kesekesaan.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline