Sunday August 13, 2017
8:13 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pemimpin PKR melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. — Foto ihsan Facebook/Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang  Pemimpin PKR melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. — Foto ihsan Facebook/Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam tadi menziarahi Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu sedang berehat selepas menjalani pembedahan jantung pada Mei lalu.

Hadi dan Azmin masing-masing memuatnaik gambar pertemuan mereka dalam media sosial.

“Alhamdulillah Ustaz Haji Hadi Awang semakin pulih dan bertambah sihat. Atas nasihat doktor, beliau sedang berehat untuk seketika,” tulis Azmin dalam Twitternya semalam.

Pada 16 Mei lalu, wakil rakyat parlimen Marang itu menjalani menjalani pembedahan penggantian injap jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Lawatan pemimpin PKR dibuat walaupun PAS secara rasmi memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Baca seterusnya di Malay Mail Online

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline