Thursday December 7, 2017
11:07 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Azwan Ali (kanan) bersama Datuk Seri Jamal Md Yunos di Perhimpunan Agung Umno, Kuala Lumpur, 6 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/Jamal Md YunosAzwan Ali (kanan) bersama Datuk Seri Jamal Md Yunos di Perhimpunan Agung Umno, Kuala Lumpur, 6 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/Jamal Md YunosKLANG, 7 Dis — Menteri besar Selangor tetap mendoakan kebaikan kepada Azwan Ali walau adiknya itu mahu menjatuhkannya dalam politik.

“Saya sentiasa mendoakan Azwan walaupun dia menyerang saya, insya-Allah semoga Allah akan menyelamatkan dan membuka pintu hatinya untuk terus menyayangi saya dan adik-beradik yang lain,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Azwan, dulu pengacara terkenal, mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar bersumpah laknat bagi membuktikan dirinya bersih.

“Kau [Azmin] kenapa takut buat sumpah laknat, mari sini aku cabar kau, dan itu harus berlangsung dalam sebuah masjid bersaksikan tujuh imam, ini syarat saya bukan syarat dia,” katanya semalam.

Membuat gesaan di luar Perhimpunan Agung Umno (PAU), Azwan juga mendakwa seorang wartawan “tahu rahsia” Azmin tetapi tidak menamakan individu itu.

Azwan dengan berjubah merah muncul mengejut di luar PAU bersama pemimpin Umno Datuk Seri Jamal Md Yunos, musuh utama abangnya di Selangor.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline