Last updated Sunday, April 23, 2017 3:52 pm GMT+8

Monday April 17, 2017
11:39 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengajak umat Islam memaafkan akhbar Nanyang Siang Pau selepas menyiarkan karikatur menghinanya dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. — Foto oleh Saw Siow FengDatuk Seri Abdul Hadi Awang mengajak umat Islam memaafkan akhbar Nanyang Siang Pau selepas menyiarkan karikatur menghinanya dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. — Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 17 April — Presiden PAS memaafkan Nanyang Siang Pau selepas akhbar itu menyiarkan karikatur mempersendanya dalam isu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau RUU355.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengajak umat Islam memaafkan akhbar berkenaan dengan harapan agar perkara sama tidak berulang lagi pada masa depan.

“Saya merasakan bahawa kesilapan penerbitan ini berlaku adalah akibat dari keterlanjuran dan kejahilan dalam mereka memahami batasan sensitiviti agama yang sangat halus garisnya.

“Semoga dengan tindakan memaafkan ini, kita sama-sama dapat terus komited untuk menyuburkan keharmonian dan sifat saling faham memahami dalam masyarakat di Malaysia khususnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, PAS menerima surat permohonan maaf daripada ketua pengarang bertarikh 12 April 2017 dan juga permohonan maaf secara terbuka yang dicetak di akhbar berkenaan.

Nanyang Siang Pau pada 8 April lalu menerbitkan kartun yang menggambarkan monyet memakai songkok sebagai “speaker” manakala seekor lagi berserban dengan label “Hadi Awang.”

Ia dipercayai merujuk kepada RUU355 yang dibentangkan Hadi dalam Dewan Rakyat 6 April lalu.

Satu demonstrasi kemudiannya dibuat penyokong PAS di pejabat Nanyang Siang Pau di Petaling Jaya pada 11 April lalu, antaranya mendesak kerajaan menutup operasi akhbar itu. 

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline