Monday March 20, 2017
7:52 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Wabak selsema burung di Kelantan baru-baru ini menyebabkan China mengenakan sekatan sementara ke atas eksport Sarang Burung Walit (SBW). — Foto ReutersWabak selsema burung di Kelantan baru-baru ini menyebabkan China mengenakan sekatan sementara ke atas eksport Sarang Burung Walit (SBW). — Foto Reuters

PUTRAJAYA, 20 Mac — Wakil Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan ke China bagi menjelaskan kedudukan sebenar wabak selesema burung di Kelantan, kata jabatan itu semalam.

Dalam kenyataan di sini, JPV berkata lawatan itu diharap dapat membantu China menarik balik sekatan sementara ke atas eksport Sarang Burung Walit (SBW) - Raw Clean Malaysia ke republik tersebut. 

Kata jabatan itu susulan sekatan tersebut, JPV telah mengutus dua surat kepada pihak berkuasa China bagi menjelaskan situasi wabak berkenaan di Malaysia.

“Antara lain, surat-surat tersebut menjelaskan bahawa penyakit tersebut hanya terhad di beberapa kawasan di satu negeri sahaja,” katanya.

Surat juga menjelaskan sumber bekalan SBW-Raw Clean untuk eksport adalah di luar negeri yang terjejas.

“Sumber bekalan tersebut boleh dijejak melalui sistem yang telah diamalkan oleh JPV,” katanya.

Jabatan itu juga berkata loji pemprosesan menggunakan kaedah ‘Heat Treatment’ mengikut keperluan yang ditetapkan oleh China sebelum ini.

Tahun lalu Malaysia mengeksport 20.15 tan SBW bernilai RM134.13 juta ke China. — Bernama 

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline