Wednesday September 6, 2017
7:22 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pemain Malaysia Shahrom Kalam (kiri) mengekang kemaraan penyerang Hong Kong Alexander Oluwatayo pada kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Hang Jebat malam tadi. — Foto BernamaPemain Malaysia Shahrom Kalam (kiri) mengekang kemaraan penyerang Hong Kong Alexander Oluwatayo pada kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Hang Jebat malam tadi. — Foto BernamaMELAKA, 6 Sept — Malaysia boleh menang dalam aksi pusingan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong apabila pasukan itu menguasai permainan dan mencipta banyak peluang tetapi penyudah yang lemah dan kesilapan oleh pemain menafikan kemenangan, kata ketua Jurulatih Malaysia Nelo Vingada.

Jurulatih kelahiran Portugal berkata itulah nasib malang yang perlu diterima oleh Harimau Malaya apabila banyak melakukan percubaan di depan gawang tetapi tidak menghasilkan gol, bagaimanapun beliau berpuas hati dengan peningkatan pasukan itu malam tadi.

“Penyudah dan kesilapan yang dilakukan mengecewakan kita tetapi kita mencipta banyak peluang dan menguasai permainan.

“Ia banyak menunjukkan peningkatan dan saya benar-benar percaya kita sepatutnya menang,” kata beliau pada sidang media malam tadi.

Malaysia seri 1-1 dengan Hong Kong dalam aksi yang berlangsung di Stadium Hang Jebat di Klebang di sini.

Vingada berkata sebagai persediaan untuk perlawanan menentang Korea Utara, beliau akan memberi tumpuan untuk meningkatkan mentaliti pemain kerana ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar di venue lawan di Pyongyang pada 5 Oktober.

Dalam menyediakan pasukan untuk perlawanan seterusnya, beliau dan pasukannya akan menilai dan menurunkan pemain-pemain muda terutama skuad bawah 22 Tahun Sukan SEA.

Ketika ditanya mengenai langkah Hong Kong menurunkan tujuh pemain naturalisasi dalam pasukan mereka malam tadi, Vingada berkata terpulang kepada pasukan untuk membariskan pemain mengikut peraturan Fifa.

“Jika ia mematuhi peraturan itu, biarkanlah tetapi bagi kita di Malaysia kita tetap menurunkan pemain yang mempunyai warisan Malaysia.

“Kita mahu membangunkan pemain-pemain Malaysia,” kata beliau. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline