Last updated Friday, September 30, 2016 7:59 am GMT+8

Friday September 23, 2016
10:00 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Paparan skrin video menunjukkan dua individu bercumbu yang dikatakan guru.Paparan skrin video menunjukkan dua individu bercumbu yang dikatakan guru.KUALA LUMPUR, 23 Sept ― Siasatan ke atas video, yang kononnya memaparkan sepasang guru bercumbu di sekolah seperti yang diviralkan di laman sosial, didapati tidak melibatkan golongan guru.

Video itu juga tidak melibatkan warga kerja mana-mana institusi di bawah Kementerian Pendidikan, kata menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam.

Beliau berkata rakaman video itu dipercayai dibuat lapan tahun lepas di pejabat sebuah ladang di Segamat, Johor.          

“Bagaimanapun kementerian akan terus menjalankan [siasatan] bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam video itu,” katanya dalam catatan terbaharu dalam laman Facebook dan Twitter beliau. ― Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline