Friday October 13, 2017
4:44 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Penceramah agama dan aktivis politik Wan Ji Wan Hussin ditahan polis petang ini untuk siasatan bawah Akta Hasutan. — Foto ihsan Facebook/ Wanji Wanhussin WanjiPenceramah agama dan aktivis politik Wan Ji Wan Hussin ditahan polis petang ini untuk siasatan bawah Akta Hasutan. — Foto ihsan Facebook/ Wanji Wanhussin WanjiSEBERANG PERAI, 13 Okt — Aktivis PKR ustaz Wan Ji Wan Hussin ditahan polis selepas solat Jumaat di sini atas kesalahan menghasut.

Penceramah agama itu, yang baru dilantik pegawai ketua menteri Pulau Pinang, disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, kata polis.

Wan Ji sebelum itu dilaporkan membacara khutbah di sebuah masjid di Seberang Jaya di sini dan dibawa ke ibu pejabat polis Seberang Perai Tengah.

Beliau dipercayai akan dibawa ke balai polis Dang Wangi kerana aduan polis terhadapnya dibuat di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun setakat ini tiada maklumat jelas kes siasatan itu. Beberapa media yang melaporkan penangkapannya tidak menyebut kesalahannya.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline