Sunday December 20, 2015
8:50 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Nassier Wahab berkata sudah biasa disoal rahsia beliau awet muda pada usia 53 tahun, termasuk dari ustaz. — Foto oleh Choo Choy MayNassier Wahab berkata sudah biasa disoal rahsia beliau awet muda pada usia 53 tahun, termasuk dari ustaz. — Foto oleh Choo Choy MaySHAH ALAM, 20 Dis — Tampil awet muda pada usia 53 tahun bukan sahaja menjadi buah mulut masyarakat setempat malah pengamal agama juga teruja untuk mendampingi.

Begitulah realiti yang terpaksa dihadapi finalis Gegar Vaganza Nassier Wahab selepas rancangan nyanyian itu berjaya mengembalikan era kegemilangannya.

“Benda itu dari dulu orang dah cakap. Saya tak kisah. Dah lali. Kadang-kadang saya berjalan pun ada makcik tahan, tanya Nasir ada ‘pakai’ ke? Jadi soalan itu dah lali,” katanya ketika ditemui ProjekMMO, merujuk kepada amalan tradisional kaum Melayu.

“Malah ustaz pun datang jumpa, tanya apa yang saya amal, doa apa yang saya baca? Saya rasa persoalan itu dah biasa.

“Apa saja soalan saya terima, sebab saya sendiri pun susah nak jawab,” tambahnya pada majlis Malam Apresiasi Artis Sepanjang Zaman anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) semalam.

Nassier atau nama sebenar Mohd Nasir Abd Wahab mendapat tempat keempat dalam pertandingan nyanyian realiti Gegar Vaganza musim kedua baru-baru ini, membawa pulang RM15,000.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu “Memori Cinta Luka” itu ditewaskan Siti Nordiana selaku juara, Farahdhiya naib juara dan Ezad Lazim di tempat ketiga.

Ditanya perancangan selepas pertandingan itu, Nassier berkata dua lagu baharu yang dirakam beliau di Jakarta akan dipromosikan tidak lama lagi.

Nassier Wahab sudah merakamkan dua buah lagu di Jakarta dan akan mempromosikannya tidak lama lagi. — Foto oleh Choo Choy MayNassier Wahab sudah merakamkan dua buah lagu di Jakarta dan akan mempromosikannya tidak lama lagi. — Foto oleh Choo Choy MayKatanya, Indonesia menjadi pilihan untuk merakamkan lagu kerana sudah biasa dengan sentuhan komposer Richard Kiyoto yang menciptakan lagu “Kasih” sebelum ini.  

“Ini persembahan yang pertama selepas Gegar Vaganza tetapi Alhamdulillah rezeki undangan sentiasa ada. Tempahan sudah sampai ke April.

“Sebelum Gegar Vaganza, saya dah rakam dua buah lagu di Jakarta, iaitu ‘Nada-Nada Cinta’ dan ‘Cinta Suci’. Selepas ini akan mempromosikan lagu itu.

“Kita pun dah agak rapat dengan kakitangan Astro. Mereka pun dah buka mata pada kita, jadi kerja lebih mudah sedikit,” katanya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline