Last updated Sunday, April 23, 2017 5:47 pm GMT+8

Friday April 21, 2017
12:10 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Norazman Mat Derus merawat pesakit di bawah khemah dengan disaksikan orang ramai di Pulau Serai, Dungun seperti disiarkan di Facebook pada 24 Disember 2016.Norazman Mat Derus merawat pesakit di bawah khemah dengan disaksikan orang ramai di Pulau Serai, Dungun seperti disiarkan di Facebook pada 24 Disember 2016.KUALA NERUS, 21 April — Pengamal perubatan yang dikenali Ustaz Jin menunjukkan rawatannya secara langsung melalui Facebook agar ia menjadi lebih telus.

Norazman Mat Derus, 46, tidak mahu perubatannya yang didisalah anggap kerana ada bomoh yang berselindung di rawatan Islam, lapor Harian Metro.

“Saya membuat rawatan tanpa sembunyi apa-apa, orang ramai boleh datang ke tempat saya berubat atau menonton di Facebook Live,” katanya, yang aktif 10 tahun lalu di Indonesia dan beberapa negeri di Malaysia.

“Orang ramai boleh menilai sendiri kaedah perubatan saya dan lihat sendiri apa yang berlaku terhadap pasakit yang terima rawatan, termasuk mengeluarkan ‘objek sihir’ daripada tubuh pesakit.” 

Norazman berkata wang sumbangan pesakit disedekahkan kepada masjid atau surau berdekatan selepas menolak semua kos yang ditanggungnya.

Mewarisi ilmu perubatan nenek moyangnya, beliau tidak membaca jampi serapah atau mantera seperti sebahagian bomoh lain.

“Saya hanya bergantung kepada ayat al-Quran. Apa yang saya amalkan dengan bacaan surah al-Fatihah, ayat Qursi, dan tiga Qul, tetapi caranya mestilah betul,” katanya.

Menurutnya, pesakitnya mencecah 200 hingga 300 pesakit setiap malam, selepas isyak sehingga ke subuh.

Malah ada yang tidak sempat dirawat bergantung kepada keupayaannya. 

Selain membuat rawatan gangguan makhluk halus dan sihir, Norazman juga merawat masalah keluarga, darah tinggi, lumpuh, batu karang dan lemah tenaga batin.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline