Friday May 19, 2017
5:13 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Profesor Datuk Mokhtar Saidin membersihkan rangka manusia yang ditemui di Guar Kepah, Kepala Batas bulan lalu. — Foto oleh KE OoiProfesor Datuk Mokhtar Saidin membersihkan rangka manusia yang ditemui di Guar Kepah, Kepala Batas bulan lalu. — Foto oleh KE OoiGEORGE TOWN, 19 Mei — Rangka manusia Zaman Batu Baru, atau Neolitik, di Guar Kepah menjadikan sumber laut bercengkerang sebagai makanan utama. 

Penemuan itu disahkan makmal di Florida, Amerika Syarikat kelmarin, kata pakar arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) seperti dilapor Berita Harian.

Profesor Datuk Mokhtar Saidin mengaitkan keputusan ujian itu dengan longgokan kerang setinggi 5.49 meter di situ, yang dipenuhi artifak tembikar dan alat batu. 

“Rangka manusia Neolitik ini ditemui disemadikan dalam timbunan kulit kerang yang dipercayai sisa buangan makanan mereka,” katanya hari ini. 

“Penemuan bukit kerang ini akan membawa kepada penemuan rangka lain, sekali gus menjadikan Guar Kepah sebagai pusat arkeologi penting dan bertaraf dunia.” 

Tambahnya, laporan makmal itu memberi gambaran manusia Neolitik bukan hanya di Lenggong, Perak kerana kajian di Kepala Batas itu menunjukkan mereka tinggal di tepi laut dan mungkin menjadi nelayan. 

Pada 12 Mei lalu, Mokhtar mendedahka ujian makmal itu mengesahkan rangka di Guar Kepah sudah berusia 5,710 tahun. 

“Ujian kesan karbon (radiocarbon dating) mengesahkan rangka itu berusia sekitar 30 tahun Sebelum Zaman Sekarang (BP),” katanya kepada Malay Mail Online.

Pakar menjadikan 1950 sebagai tarikh awal BP dalam skala masa penetapan tarikh ujian karbon.

Rangka itu ditemui ketika kerja mengorek tapak pembinaan galeri arkeologi USM bulan lalu.

Sebanyak 37 rangka ditemui di tapak sama, dipercayai lebih tua berbanding penemuan di Lembah Bujang pada 1850-an.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline