Tuesday November 14, 2017
5:19 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sebuah jet pejuang model Hawk 108 milik TUDM menunjukkan keupayaannya terbang serendah 150 meter dari aras tanah. — Foto ihsan Facebook/PerajuritSebuah jet pejuang model Hawk 108 milik TUDM menunjukkan keupayaannya terbang serendah 150 meter dari aras tanah. — Foto ihsan Facebook/PerajuritKOTA KINABALU, 14 Nov — Orang ramai di Sabah dinasihatkan agar tidak cemas atau risau apabila melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah di kawasan mereka kerana ia cuma eksesais TUDM yang bermula hari ini hingga 26 Nov depan.

TUDM dalam kenyataannya hari ini berkata Eksesais Paradise Siri 4/2017 yang berpangkalan di PangkalanUdara Labuan itu melibatkan ruang udara Sabah dan perairan sekitarnya.

“Sepanjang eksesais ini dijalankan, pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan rendah pada waktusiang dan malam di beberapa kawasan sekitar ruang udara Sabah  yang telah digazetkan sebagai lokasi eksesais,” menurut kenyataan itu.

Antara pesawat TUDM yang terlibat dalam penerbangan rendah itu ialah SU-30MKM, Hawk, F/A-18D, C130H,KC130,CN235,EC725 dan Nuri.

Latihan itu adalah bagi memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada pada tahapterbaik khususnya dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline