Friday May 19, 2017
11:57 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Mas Ermieyati Samsudin yakin Urutan Malaysia mampu menyaingi urutan negara lain. — Foto ihsan Facebook/Mas Ermieyati SamsudinDatuk Mas Ermieyati Samsudin yakin Urutan Malaysia mampu menyaingi urutan negara lain. — Foto ihsan Facebook/Mas Ermieyati SamsudinKUALA LUMPUR, 19 Mei — Teknik Urutan Malaysia mampu memberi ketenangan, menyegarkan, malah melegakan tubuh pelanggan.

“Urutan ini banyak menggunakan tapak tangan untuk menyebar tekanan secara sekata dan memberi kesan yang melegakan kepada tubuh pelanggan,” kata ttimbalan menteri pelancongan dan kebudayaan.

Teknik urutan tradisional itu diperkenal Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk bersaing dengan urutan negara lain, lapor Harian Metro.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata Urutan Malaysia diwajibkan bagi memperoleh penarafan bintang ahli terapi spa.

Beliau berkata Urutan Malaysia menggabungkan empat kaum iaitu Cina, India, Melayu dan masyarakat peribumi.

“Urutan Malaysia menggabungkan teknik urutan Melayu untuk belakang badan, Cina (pernafasan dan rendaman kaki), India (kepala) dan pribumi pula untuk kaki, bakal membawa revolusi baru dalam industri kesihatan,” katanya.

Mas Ermieyati berkata Urutan Malaysia selama 90 minit satu sesi antara langkah untuk mewujudkan konsep Spa Malaysia.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline