Monday September 11, 2017
2:59 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Guru pengawas peperiksaan Nur Suliani Md Ghani (kiri) membantu Nur Ain Hidayah Ngah menulis jawapan pada kertas soalan UPSR di Hospital Sultanah Nur Zahirah. — Foto BernamaGuru pengawas peperiksaan Nur Suliani Md Ghani (kiri) membantu Nur Ain Hidayah Ngah menulis jawapan pada kertas soalan UPSR di Hospital Sultanah Nur Zahirah. — Foto BernamaKUALA TERENGGANU, 11 Sept — Seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) terpaksa menggunakan rakaman suara kerana urat tangannya hampir putus.

Tangan kanan Nur Ain Hidayah Ngah, 12, dari Sekolah Kebangsaan Maras, Kuala Nerus di sini terkena kaca tingkap petang Ahad lalu, lapor Berita Harian.

Ibunya Faridah Abu Bakar, 40, berkata tingkap rumah mereka di Kampung Maras, Batu Rakit, Kuala Nerus pecah ketika Nur Ain menutupnya.

Beliau berkata Nur Ain terpaksa masuk semula ke Hospital Sultanah Nur Zahirah walaupun sudah dibenarkan pula, bagi mengambil UPSR.

"Anak saya masih tidak boleh menggunakan tangannya. Jadi, kaedah menjawab soalan ialah dengan menggunakan rakaman suara manakala jawapan akan ditulis oleh guru bertugas," katanya.

Beliau berharap anak ketujuh daripada 10 beradik itu bakal memperoleh keputusan cemerlang.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline