Wednesday November 8, 2017
10:11 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ungku Ismail bersama Nabila Huda, tonggak utama ‘Dendam Aurora’ yang kini bersiaran di Astro Prima. — Foto ihsan Instagram/Ungku IsmailUngku Ismail bersama Nabila Huda, tonggak utama ‘Dendam Aurora’ yang kini bersiaran di Astro Prima. — Foto ihsan Instagram/Ungku Ismail

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Menjayakan drama 100 episod Dendam Aurora, pelakon Ungku Ismail Aziz berasa teruja membawa penonton keluar dari kebiasaan.

Ungku Ismail, 32, berkata ia berjaya memberi sisi lain kepada penceritaan drama tempatan, sekali gus memberi dimensi baharu kepada penonton.

“Sambutan Dendam Aurora sangat menakjubkan kerana kami berjaya menarik peminat kepada benda yang baharu berbanding drama Melayu biasa.

Dendam Aurora memiliki plot berbeza berbanding cerita Melayu lain. Kami berjaya menarik mereka dan mereka suka serta tertarik,” katanya kepada ProjekMMO.

 

 

Drama arahan Feroz Kader dan Riza Baharudin turut menampilkan pelakon Nabila Huda, Anzalna Nasir, Shah Iskandar dan Datuk Seri Eizlan Yusof.

Mula bersiaran hujung Julai lalu, drama terbitan Global Station ini keudara setiap Isnin hingga Jumaat 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.

Ungku Ismail berkata popularitinya selepas membintangi drama itu bukan utama sebaliknya memberikan yang terbaik untuk tatapan penonton.

“Saya tidak terlalu mengambil kisah [tentang populariti] kerana saya lebih mementingkan pembawaan watak.

“Bila saya ikhlas berlakon, ia satu bonus yang akan datang sendiri. Kerja saya membawakan watak sebaik-baiknya sehingga orang percaya ia menjadi.

“Sehingga saya ke mana-mana orang panggil ‘Harris’ maka saya lihat ia menjadi,” katanya mengulas watak Harris Hamzah dalam drama tersebut.

Harris dan Aurora dijemput ke ASK. @kupu_kupu

A post shared by Ungku Ismail Aziz (@ungkuismailaziz) on

Ditanya perjalanan seni selepas tamat penggambaran Dendam Aurora hujung bulan ini, Ungku Ismail berkata ruang itu akan digunakan untuk berehat.

Katanya, menjadi harapan untuk kembali bergiat aktif di pentas teater selain menyertai pertandingan Perang Bibir yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ungku Ismail pernah terlibat dalam pementasan teater Wira Samudera, Wadah dan Tun Sri Lanang tahun lalu.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline