Last updated Thursday, December 08, 2016 9:58 am GMT+8

Tuesday November 29, 2016
11:47 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Hasil pemeriksaan di Kompleks Mahkamah dan Pejabat Tanah tengahari tadi tidak menemui sebarang bom seperti didakwa. — Paparan skrin GoogleHasil pemeriksaan di Kompleks Mahkamah dan Pejabat Tanah tengahari tadi tidak menemui sebarang bom seperti didakwa. — Paparan skrin GoogleKOTA BARU, 29 Nov ― Ugutan bom yang diterima melalui panggilan telefon terhadap tiga pejabat kerajaan di sini pagi tadi adalah palsu, kata ketua polis Kelantan.

Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata panggilan yang diterima kononnya berlaku ancaman kepada Kompleks Mahkamah Kota Baru, Mahkamah Syariah di Tunjong dan Pejabat Tanah di sini.

“Hasil pemeriksaan di Kompleks Mahkamah dan Pejabat Tanah yang berakhir pada 1.30 tengahari, tidak menemui sebarang bom seperti didakwa.

“Kita mengambil serius perkara ini dan berharap masyarakat mengambil iktibar daripada kejadian supaya tidak membuat panggilan palsu ugutan bom,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Balai Polis Kota Baru pagi tadi dilaporkan menerima panggilan seorang lelaki mendakwa sebuah kenderaan akan melalui di hadapan premis berkaitan sebelum meletupkan bom.

Susulan panggilan berkenaan, operasi di tiga premis itu dihentikan sementara pasukan keselamatan menjalankan pemeriksaan.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline