Tuesday March 21, 2017
8:16 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Bekalan ubat-ubatan bagi penyakit kronik seperti diabetis dan jantung antara yang tinggi harganya di pasaran. — Foto AFPBekalan ubat-ubatan bagi penyakit kronik seperti diabetis dan jantung antara yang tinggi harganya di pasaran. — Foto AFPKUALA LUMPUR, 21 Mac — Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menetapkan harga siling bagi ubat-ubatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata perbincangan itu bertujuan mewujudkan satu dasar kawalan harga ubat-ubatan supaya golongan kurang berkemampuan juga dapat membeli ubat-ubatan tersebut.

“Menerusi usaha ini memberikan peluang untuk kita bantu golongan kurang berkemampuan. Usaha ini juga sebagai salah satu cara untuk pastikan golongan tersebut mendapat rawatan sepatutnya.

“Kita akan lihat bagaimana kita boleh mencari satu cara yang efektif. Saya harap kita dapat bantu ramai rakyat mendapat rawatan optimal,” katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Kesihatan pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata bekalan ubat-ubatan bagi penyakit kronik seperti diabetis dan jantung antara yang tinggi harganya di pasaran.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam mengakui masih terdapat kekurangan doktor pakar di hospital-hospital kerajaan, namun pihaknya yakin isu tersebut akan selesai dalam masa terdekat.

“Pada 2012 kita melatih 300 doktor pakar pelbagai bidang, dan sekarang meningkat kepada 1,000 doktor pakar setahun. Ini menunjukkan peningkatan tiga kali ganda,” kata anggota Parlimen Segamat itu.

Katanya, kementerian menyasarkan untuk melatih 1,500 doktor pakar setahun menjelang 2018 bagi mengatasi masalah tersebut.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung hari ini. — Bernama

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline