Wednesday January 11, 2017
7:14 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Tan Sri Adenan Satem bersama Datuk Seri Najib Razak ketika melancarkan Lebuhraya Pan Borneo jajaran Serian pada 13 Mac 2016. — Foto BernamaTan Sri Adenan Satem bersama Datuk Seri Najib Razak ketika melancarkan Lebuhraya Pan Borneo jajaran Serian pada 13 Mac 2016. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 11 Jan — Warga internet merakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih mereka kepada Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Mereka amat menyanjung tinggi sumbangan Adenan untuk Sarawak dan menyifatkan pemergian beliau sebagai kehilangan besar bagi negeri itu.

Mereka juga mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga Adenan.

Adenan, 72, menghembuskan nafas terakhir pada 1.20 tengah hari di Pusat Jantung Sarawak Heart di Kota Samarahan, Kuching, hari ini.

Pemegang akaun Twitter saroki ‏@saroki19 berharap para pemimpin Sarawak akan meneruskan impian serta keazaman Adenan untuk membina negeri Sarawak yang lebih sejahtera.

“Saya berharap pemimpin “ #Sarawak menunaikan #harapan & impian adenansatem untuk memajukan lagi Sarawak & #Malaysia yang lebih sejahtera untuk semua rakyat Malaysia & bukan untuk kemegahan peribadi,” tulis Saroki.

Fadzlly Idham pula berkata beliau menghargai sumbangan Adenan kepada rakyat Sarawak.

Dalam twit melalui ‏@FadzllyIdham,Fadzlly menulis: “Al-Fatihah kepada #adenansatem segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan amat kami hargai.”

Shasha Abbas menyifatkan Adenan sebagai pemimpin yang sentiasa berkhidmat untuk rakyat.

Beliau menulis melalui akaun @shashaabbas: “Ummi kata ada dua jenis manusia di dunia ini: pemberi & penerima. Penerima mungkin makan dengan lebih sedap, tapi pemberi pula tidur dengan lebih sedap #AdenanSatem.”

Pemegang akaun Twitter yang sentiasa aktif, Firdaus Azil pula menulis melalui ‏@FirdausAzil “#laman sesawang rasmi AdenanSatem http://cm.sarawak.gov.my kini dalam H&P. Beliau akan amat dirindui oleh rakyat Malaysia, terutama rakyat S’wak.”

Fre Hii Dii pula menulis melalui ‏@JelumLagey: “Sarawak menangis. Kita kehilangan Pemimpin Hebat. Bersemadilah dengan tenang Tok Nan #sarawak #adenansatem #gbu.”

Hank Abdullah pula, menulis melalui ‏@jimiecheng: “Bagi saya, #AdenanSatem adalah pengubah permainan dalam erti kata sebenar-benarnya dalam tempohnya yang singkat itu.”

Tulis lala ‏@priscilla_vv pula: “Tak seorang pun bersedia menghadapi kehilangan anda; ia datang umpama angin kencang. Ucapan takziah saya yang tak terhingga kepada anda dan keluarga anda. #adenansatem.” — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline