Thursday September 7, 2017
4:32 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Paparan rakaman menunjukkan seorang pelajar mukanya disua dengan penyapu, selain ditendang dan diserkup dengan bakul sampah. — Foto ihsan Facebook/Azizi OthmanPaparan rakaman menunjukkan seorang pelajar mukanya disua dengan penyapu, selain ditendang dan diserkup dengan bakul sampah. — Foto ihsan Facebook/Azizi OthmanSEPANG, 7 Sept — Sekumpulan pelajar lelaki membuli seorang pelajar dengan menendang sambil menunjukkan isyarat lucah.

Mengikut rakaman yang menular di internet sejak semalam, mangsa menangis akibat perbuatan kumpulan pelajar berseragam sekolah rendah, lapor Sinar Online.

Polis Sepang belum menerima laporan setakat ini tetapi siasatan dijalankan berdasarkan rakaman berdurasi satu minit dan 51 saat.

“Kita sedang semak kesahihan video yang tular itu sama ada ia berlaku di daerah sini atau bukan,” kata timbalan ketuanya Supt Baharuddin Mat Taib.

Mengikut rakaman yang didakwa berlaku di Dengkil, kumpulan pelajar turut menyerkup kepala mangsa dengan bakul sampah dan menyua penyapu ke mukanya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline