Sunday June 18, 2017
11:55 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Anis berkata persiapan perkahwinannya sudah 90 peratus siap dan hanya menunggu masa membeli cincin. — Foto oleh Choo Choy MayAnis berkata persiapan perkahwinannya sudah 90 peratus siap dan hanya menunggu masa membeli cincin. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 18 Jun — Menunggu detik hari bahagia, pelakon Anis Al-Idrus tidak sedikit pun mencurigai cinta bakal suami Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim.

Anis, 29, berkata walau pernah menjalin cinta sebelum ini namun Rafzan sahajalah yang mampu membuka hatinya ke gerbang perkahwinan.

“Rafzan satu-satunya lelaki yang tidak membuatkan saya syak wasangka. Dia tidak membuatkan saya terfikir boleh ke dia menjaga saya.

“Dia juga dapat terima saya seadanya dan terus terbuka hati untuk berumah tangga apabila diajak untuk bertunang.

“Pengenalan berjalan lancar mungkin sebab keperibadian Aiman yang matang dan berfikiran terbuka,” katanya kepada ProjekMMO.

 

 

Assalamualaikum! Selamat sahur!

A post shared by #aaisayangyu #anismengapa (@anisalidrus) on

 

Pelakon drama Duda Terlajak Laris bakal mendirikan rumah tangga pada 7 Julai ini di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Mengikat tali pertunangan pada Mac, pasangan ini mula berkenalan sejak awal tahun ini.

Rafzan, 35, merupakan duda beranak satu dan memiliki perniagaan hiasan dalaman.

Anis berkata persiapan perkahwinannya sudah 90 peratus siap dan hanya menunggu masa membeli cincin.

“Pertunangan sebelum ini dirahsiakan atas kehendak keluarga kerana orang memang sorok-sorok sebab nikah itu yang wajib diuar-uarkan.

“Kami berkenalan pun menerusi adiknya yang juga kawan saya. Saya terlihat gambar kacak Rafzan di Instagram dan terus minta kirim salam,” katanya.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline