Thursday November 2, 2017
5:33 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis Ipoh tetap menyiasat kes seorang Adun pembangkang yang dilapor memukul seorang wanita walaupun aduan ditarik balik. ― Paparan skrin GooglePolis Ipoh tetap menyiasat kes seorang Adun pembangkang yang dilapor memukul seorang wanita walaupun aduan ditarik balik. ― Paparan skrin GoogleIPOH, 2 Nov ― Polis sedang menyiasat kes seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti pembangkang yang didakwa memukul seorang wanita hujung bulan lepas, kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby.

Beliau berkata setakat ini pihaknya telah menerima sebanyak lima laporan polis daripada pemimpin parti politik dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung perkara tersebut.

“Siasatan akan diteruskan walaupun wanita yang didakwa dipukul itu telah menarik balik laporan polis yang dibuatnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Adun pembangkang tersebut didakwa menumbuk wanita itu di bahagian pipi selepas berlaku perselisihan faham selain turut bertindak mencuri wang tunai serta barangan peribadi wanita berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pemuda MyPPP Perak Mohamed Nor Fadhzil Sahul Hamid bersama-sama dua anggota NGO membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam di sini, hari ini berhubung kejadian pukul itu yang turut tular di laman sosial sejak semalam.

“Ini (sekiranya kejadian pukul  itu betul-betul berlaku) satu tindakan zalim dan tidak seharusnya dilakukan oleh seorang wakil rakyat. Perbuatan memukul wanita tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang pemimpin,” katanya ketika ditemui pemberita. ― Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline