Last updated Friday, December 09, 2016 5:24 am GMT+8

Wednesday October 19, 2016
7:07 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Beberapa jenis ‘pretzel dog’ yang dijual syarikat makanan segera Auntie Anne’s, kini menjadi isu selepas Jakim mengarahkan namanya ditukar. — Foto ihsan Auntie AnneBeberapa jenis ‘pretzel dog’ yang dijual syarikat makanan segera Auntie Anne’s, kini menjadi isu selepas Jakim mengarahkan namanya ditukar. — Foto ihsan Auntie AnneKUALA LUMPUR, 19 Okt — Keputusan pihak berkuasa agama melarang nama makanan “pretzel dog” satu tindakan bodoh dan mundur, kata menteri pelancongan dan kebudayaan.

Datuk Seri Nazri Aziz mengulas laporan yang menyebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengarahkan syarikat Auntie Anne’s menukar nama masakan sosej berbalut roti itu.

Pertukaran nama itu dilaporkan harus dibuat bagi mengelak kekeliruan pengguna Islam sebelum sijil halal dikeluarkan kepada syarikat makanan segera itu, yang berasal dari Amerika Syarikat.

Nazri berkata perkataan “hot dog” tidak bermakna makanan itu mengandungi daging anjing dan tidak wajarlah bahagian halal Jakim menjadikan istilah tersebut satu masalah.

“Hot dog memang orang tahu makanan barat. Ia berasal dari bahasa Inggeris. Ia sejenis makanan barat. Tolonglah jangan buat kita nampak macam bodoh dan mundur,” katanya ketika ditemui di luar Parlimen hari ini.

“Hot dog itu hot dog-lah, malah dalam bahasa Melayu ia disebut hot dog. Ia sudah berada di sini bertahun-tahun. Saya juga Muslim tetapi saya tidak tersinggung.” Nazri juga menyifatkan arahan tersebut daripada mereka yang “jahil” yang “tidak hidup dalam dunia nyata.”

Baca seterusnya di Malay Mail Online

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline