Thursday November 9, 2017
10:54 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Mira Filzah menyatakan pakaian rekaan Syamil Fazwan tidak menampakkan warna kulit sebaliknya berwarna kuning gelap. — Foto ihsan Facebook/Syoknye gambar Mira Filzah menyatakan pakaian rekaan Syamil Fazwan tidak menampakkan warna kulit sebaliknya berwarna kuning gelap. — Foto ihsan Facebook/Syoknye gambar KUALA LUMPUR, 9 Nov ―  Mira Filzah menyifatkan pakaian yang dikatakan menampakkan warna kulitnya, menepati ciri gadis bertudung sepertinya.

Pelakon drama Cinta Si Wedding Planner berusia 24 tahun itu berkata tudungnya juga labuh dan menutupi bahagian dada, lapor Harian Metro

“Saya ingin menjelaskan warna sebenar baju itu adalah kuning gelap dan tidak mengikut langsung warna kulit saya seperti didakwa,” katanya.

Pengacara Mahligai Cinta di TV3 menggayakan pakaian rekaan Syamil Fazwan di PWTC baru-baru ini.

Beliau mengulas kecaman di media sosial berikutan pakaian tersebut didakwa menyerlahkan warna kulitnya.

Memahami kritikan warga internet, Mira berjanji lebih berhati-hati dalam pemilihan warna pakaian pada masa depan.

“Apatah lagi hendak berasa kecil hati kerana saya sedar zaman sekarang memang netizen sangat aktif memberi komen di laman sosial,” katanya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline