Monday September 11, 2017
5:13 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap seorang pemandu kerana mencederakan isterinya. — Paparan skrin GoogleMahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap seorang pemandu kerana mencederakan isterinya. — Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 11 Sept — Seorang pemandu peribadi hari ini dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mencederakan isterinya, Sabtu lalu.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu ke atas Aminuddin Samad, 47, selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja menumbuk muka, kepala dan belakang badan isterinya yang berumur 50 tahun di Lorong Raja Muda  Musa 5, Kampung Baru, di sini, pada 10.15 malam, 9 Sept lalu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 9 September

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan dengan alasan dia penanggung utama keluarganya.

“Saya juga menghidap penyakit kencing manis. Anak saya bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini. Saya memohon hukuman ringan,” katanya.

Sementara itu, timbalan pendakwa raya Noor Elynna Hanim Abdul Halim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh.

“Tertuduh sebagai suami dan ketua keluarga sepatutnya menyelesaikan masalah rumahtangga dengan cara yang baik, bukan dengan kekerasan,” katanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh memukul isteri sambil mengamuk dengan menuduh mangsa mencari lelaki lain, membomohkannya serta menghasut anak-anak membencinya. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline