Tuesday February 13, 2018
6:19 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis Kuala Terengganu menahan seorang lelaki yang cuba merogol pekerja perempuan di sebuah studio kedai gambar. — Paparan skrin GooglePolis Kuala Terengganu menahan seorang lelaki yang cuba merogol pekerja perempuan di sebuah studio kedai gambar. — Paparan skrin GoogleKUALA TERENGGANU, 13 Feb — Seorang gadis yang beberapa kali menolak lamaran menjadi isteri kedua, nyaris dirogol majikannya.

Suspek memegang buah dada mangsa, 20-an, dan melucut baju dan seluar gadis itu, malah cuba menodainya, lapor Sinar Harian.

Lelaki itu juga cuba merakam foto mangsa selepas memaksa pekerjanya itu berfoto pelbagai posisi di kedai gambar di Gong Badak, Kuala Nerus, Jumaat lalu.

“Dalam keadaan separuh bogel itu, suspek cuba mengambil kesempatan hendak merakam gambar dengan alasan untuk dijadikan simpanan peribadinya tetapi sempat ditepis mangsa,” kata sumber kepada akhbar tersebut.

Suspek cuba memujuk dengan mengajak mangsa keluar makan sebaliknya lelaki itu sekali lagi mencabul gadis tersebut di dalam kereta.

Gagal mengajaknya bernikah di Thailand, suspek kemudian meninggalkan mangsa di luar tandas sebuah pasar raya berhampiran.

Timbalan ketua polis daerah Kuala Terengganu Supt Suffian Sulaiman berkata suspek, kemudian direman, ditahan selepas mangsa membuat aduan.

Kes disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Iklan

Iklan

MMO Instagram