Tuesday June 20, 2017
6:52 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang lelaki membayar zakat di sebuah masjid di Kuala Lumpur. Di Rompin, amil menceritakan pelbagai ragam pembayar zakat. ― Foto oleh Yusof Mat IsaSeorang lelaki membayar zakat di sebuah masjid di Kuala Lumpur. Di Rompin, amil menceritakan pelbagai ragam pembayar zakat. ― Foto oleh Yusof Mat IsaROMPIN, 20 Jun — Seorang lelaki mahu membayar zakat untuk 30 tahun sekaligus antara ragam yang dilalui seorang amil di sini.

Khalib Abdul Majid, 42, berkata lelaki berusia 50-an itu marah dan menuduhnya penipu apabila hasratnya ditolak, lapor Sinar Harian.

“Dia kata saya penipu, saya senyap saja masa tu dan dia naik moto sambil marah-marah sebelum terus pergi,” katanya menceritakan pengalaman tahun lalu.

Mengikut syariat, zakat fitrah wajib dibayar pada setiap Ramadan sebelum matahari terbenam pada satu Syawal.

Berpengalaman lapan tahun sebagai amil, beliau juga didatangi lelaki yang kelihatan kurang siuman mahu membayar zakat, baru-baru ini.

“Selepas selesai, dia pergi kemudian datang semula sambil hisap rokok,” katanya.

Khalib juga didatangi lelaki orang Asli bukan Islam yang mahu menunaikan rukun Islam ketiga itu, beberapa hari kemudian. 

“Dalam kesibukan sebab ketika itu ramai yang nak membayar, saya terpaksa jelaskan bahawa zakat fitrah hanya untuk orang Islam,” katanya.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline