Friday October 13, 2017
3:14 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan ungkapan ‘not my negara’ hanyalah gurauan tetapi dianggap serius oleh Kosmo!. — Foto oleh Choo Choy May Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan ungkapan ‘not my negara’ hanyalah gurauan tetapi dianggap serius oleh Kosmo!. — Foto oleh Choo Choy May KUALA LUMPUR, 13 Okt — Tunku Mahkota Johor menjelaskan “not my negara” hanyalah gurauan tetapi menjadi fokus akhbar yang “melaga-lagakan orang”.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengulas laporan Kosmo! hari ini berhubung kenyataan baginda isu kemerosotan skuad Harimau Malaya.

Baginda, yang memimpin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dilaporkan berkata: “Pasukan negara anda semua, not my negara. I’m from Johor you know.”

Namun, menurut akhbar itu, kenyataan tersebut “mengguris hati” peminat-peminat dengan memetik pandangan bekas pemain bola sepak negara. 

“Satu jam lebih punya dialog saya bercakap mengenai bola sepak dan isu-isu semasa, tetapi ayat gurauan yang terakhir saya selama 20 saat itulah yang menjadi tumpuan sekarang,” kata Tunku Ismail dalam satu kenyataan. 

“Inilah salah satu sebab mengapa saya sudah tidak baca surat khabar dalam negara ini kerana sikap terdesak ingin menjual surat khabar dan menulis berita seperti di majalah gosip.” 

Tambah baginda, “berjuta-juta duit setiap bulan diberikan kepada Kosmo!” tetapi kerjanya “melaga-lagakan orang” dan “tulis berita macam gosip murahan.” 

“Nasihat saya kepada kerajaan, lebih baik anda tutup sahajalah syarikat surat khabar tersebut daripada membazir duit rakyat,” katanya lagi.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline