Last updated Saturday, October 01, 2016 9:44 am GMT+8

Wednesday March 2, 2016
1:39 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

TM berdepan rungutan pelanggan apabila Kabel Ekspres Dasar Laut Asia rosak menyebabkan kelembapan Internet. ― Foto DNA TM berdepan rungutan pelanggan apabila Kabel Ekspres Dasar Laut Asia rosak menyebabkan kelembapan Internet. ― Foto DNA KUALA LUMPUR, 2 Mac ― Para pengguna Streamyx dan Unifi yang mengalami kelembapan Internet baru-baru ini nampaknya perlu bersabar lagi apabila Telekom Malaysia Bhd (TM) mengesahkan bahawa masalah tersebut cuma akan pulih hujung bulan ini.

Mengikut syarikat telekomunikasi itu, ahli konsortium mereka telah mengesan kerosakan di Kabel Ekspres Dasar Laut Asia (ASE) di pinggiran Singapura, yang menjejaskan kabel dasar laut Cahaya Malaysia yang menghubungkan Asia Utara dan Amerika Syarikat (AS).

Cahaya Malaysia yang dimiliki oleh TM merupakan dua daripada enam kabel dalam ASE.

“Kerja pemulihan memerlukan usaha bersama kesemua ahli konsortium, dan dijadualkan bermula 25 Mac dan selesai padad 31 Mac 2016,” kata TM dalam satu kenyataan di laman webnya.

Namun, menurut TM kerja tersebut tertakluk kepada keadaan cuaca dan laut, dan sebarang cabaran yang akan dihadapi di masa hadapan.

“Semasa tempoh ini, pengguna Internet mungkin mengalami kemerosotan perkhidmatan seperti pelayaran yang lambat dan kelembapan yang tinggi semasa melayari laman web antaranbangsa terutamanya yang berpusat di AS, Asia Utara dan Eropah,” tambahnya.

“Pelanggan yang menggunakan Jaringan Peribadi Virtual (VPN) dan aplikasi perniagaan kritikal yang bersambung ke AS, Asia Utara dan Eropah juga mungkin mengalami kemerosotan perkhidmatan.”

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline