Friday February 9, 2018
1:15 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pelakon Sofi Jikan ditahan polis selepas memberi keterangan di balai polis Mutiara Damansara, malam 6 Februari 2018. ― Foto ihsan Instagram/Review by Emmy AmoiPelakon Sofi Jikan ditahan polis selepas memberi keterangan di balai polis Mutiara Damansara, malam 6 Februari 2018. ― Foto ihsan Instagram/Review by Emmy AmoiKUALA LUMPUR, 9 Feb — Pelakon popular Sofi Jikan dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas tiga hari direman kerana positif ganja.

Pelakon KL Gangster disiasat bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya setelah ditahan di balai polis Mutiara Damansara, lapor Harian Metro.

Sofi atau Mohamad Shoffi Jikan, 48, ketika itu hadir memberi keterangan berhubung aduan Datuk Farid Kamil Zahari hujung bulan lalu.

Dalam aduannya, Farid mendakwa beliau dianiaya rakan artis yang memasukkan dadah ke dalam minumannya sehingga berkelakuan agresif 11 Januari lalu.

Beliau menamakan seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi terkenal dengan irama R&B pada 1990-an dan seorang lagi pelakon.

Tidak jelas Sofi dinamakan dalam aduan itu atau hanya membantu siasatan.

Iklan

Iklan

MMO Instagram