Tuesday November 7, 2017
3:15 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Safiq Rahim (kiri) cuba menggelecek pemain Melaka United, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, pada perlawanan Liga Super di Johor Baru, 9 April 2017. — Foto Bernama Safiq Rahim (kiri) cuba menggelecek pemain Melaka United, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, pada perlawanan Liga Super di Johor Baru, 9 April 2017. — Foto Bernama KUALA LUMPUR, 7 Nov ― Safiq Rahim masih kapten Harimau Malaya walau mengeluarkan kata-kata kesat kepada penyokong selepas tamat Piala Malaysia. 

Tindakan pemain itu, juga kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), “satu kesilapan tidak disengajakan” dan tidak wajar diulangi, kata ketua jurulatih negara.

“Mungkin disebabkan terlalu gembira sehingga dia secara tidak sengaja mengeluarkan kata-kata sebegitu,” kata Nelo Vingada seperti dilapor Utusan Online.

“Perbuatan itu memang salah tetapi pemain profesional lain di peringkat antarabangsa juga pernah melakukan kesilapan seperti ini.”

Beliau menyifatkan pemain 30 tahun itu watak penting apabila Malaysia bertemu Korea Utara dalam kelayakan Piala Asia 2019.

Pasukan negara akan bermain di Buriram, Thailand pada 10 dan 13 November ini. Namun Safiq masih digantung satu perlawanan.

Kata-kata kesat itu, yang dirakam dalam video dan tersebar di media sosial, diluahkan ketika meraikan kemenangan JDT menewaskan Kedah 2-0, Sabtu lalu.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline