Wednesday January 3, 2018
8:21 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Mangsa banjir Rashid Ismail, 52, bersama keluarga menaiki sampan untuk mendapatkan bekalan makanan setelah rumah mereka mula dinaiki air di Kampung Batu 14 Air Putih Kemaman hari ini. ― Foto BernamaMangsa banjir Rashid Ismail, 52, bersama keluarga menaiki sampan untuk mendapatkan bekalan makanan setelah rumah mereka mula dinaiki air di Kampung Batu 14 Air Putih Kemaman hari ini. ― Foto BernamaKEMAMAN, 3 Jan ― Tadi masa sibuk mengemas rumah, air di luar paras buku lali, dalam masa tidak sampai dua jam mencecah ke paras lutut,” kata seorang daripada penduduk di Kampung Batu 14, di sini.

Mizuwar Rasyida Zakaria, 25, berkata banjir bukanlah perkara asing baginya kerana rumahnya memang berdekatan dengan lembah sungai tetapi kali ini ia lebih pantas daripada kebiasaan.

“Di depan rumah saya ini Sungai Tebak, di belakang rumah pula Sungai Kemaman jadi bukan benda pelik kalau banjir...tetapi ia jadi suatu yang luar biasa kalau tidak banjir.

“Tiap-tiap tahun memang bersedia untuk hadapi banjir walaupun hujan tidak lebat, kadangkala  banjir datang mengejut sebab walaupun di kawasan kami tidak hujan...tapi aliran air sungai dari hulu yang menjadi punca banjir,” kata gadis itu kepada Bernama di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Muslim Abu Bakar, 31, berkata beliau menyedari air memasuki rumahnya ketika bangun untuk solat subuh.

“Saya bangun tidur, saya tengok air sudah laju masuk ke dalam rumah...segera saya kejutkan isteri dan anak berusia tiga tahun dan tujuh bulan untuk berpindah di rumah emak di sebelah rumah kerana rumahnya lebih tinggi berbanding rumah saya.

“Alhamdulillah barang sudah saya kemaskan semua kerana kalau banjir kebiasaannya rumah saya hanya nampak atap sahaja...boleh dikatakan kalau dalam kampung ini kawasan rumah saya yang paling rendah...sekarang inipun ada sedikit lagi barang untuk saya letakkan di atas loteng rumah,” katanya.

Tambah Muslim sudah tiga tahun beliau dan isterinya tinggal di kawasan tersebut dan buat masa sekarang tidak terfikir untuk berpindah.

Muslim dan keluarganya merupakan keluarga pertama yang berpindah ke pusat pemindahan di kampung tersebut. ― Bernama

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline