Tuesday June 20, 2017
11:20 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang daripada tujuh pengasas Seyran Ates berucap sebelum memulakan solat Jumaat pertama di pembukaan masjid Ibnu Rushd-Goethe di Berlin, 16 Jun 2017. — Foto AFP Seorang daripada tujuh pengasas Seyran Ates berucap sebelum memulakan solat Jumaat pertama di pembukaan masjid Ibnu Rushd-Goethe di Berlin, 16 Jun 2017. — Foto AFP KUALA LUMPUR, 20 Jun — Tidak sah solat lelaki yang berimamkan wanita dan juga solat mereka yang bercampur makmum lelaki dan wanita, kata mufti Perak.

Mengulas masjil “liberal” di Berlin, Tan Sri Harussani Zakaria juga menyifatkan solat seumpama itu bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, lapor Kosmo!

“Syarat sah solat berjemaah perlu diimamkan oleh lelaki dan tidak sah jika diimamkan oleh wanita,” katanya.

“Solat juga tidak sah sekiranya saf diselang-selikan dengan wanita. Umum sedia maklum bahawa perbuatan itu bertentangan dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.”

Jumaat lalu, sebuah masjid di Jerman membenarkan jemaah lelaki dan wanita bersolat bersebelahan selain berimamkan seorang wanita.

Masjid kecil sempena nama dua tokoh besar Ibnu Rushd dan Johann Wolfgang von Goethe berimamkan antaranya warga Malaysia-Amerika Syarikat, Ani Zonneveld.

Diasaskan oleh tujuh individu, masjid ke-88 di sini terletak di tingkat tiga sebuah bangunan gereja Protestan, lapor AFP.

Semua penganut mazhab Islam, termasuk Syiah, sufi dan Alawi, dibenarkan bersolat di sini. Golongan gay dan lesbian juga diizinkan bersolat.

Sewaktu kunjungan agensi berita itu, Zonneveld melaungkan azan di masjid yang bertujuan “membuang unsur politik” daripada ibadat “peribadi” tersebut.

Zonneveld, penggubah lagu dan imam wanita, sebelum ini menang beberapa anugerah muzik di Malaysia, selain anugerah Grammy.  

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline