Last updated Saturday, December 10, 2016 9:01 am GMT+8

Thursday December 1, 2016
10:12 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Nazim Othman bersama isteri, Bella Dally sewaktu majlis Malam Bersama Bintang Anugerah Skrin awal bulan lalu. ― Foto oleh Yusof Mat IsaNazim Othman bersama isteri, Bella Dally sewaktu majlis Malam Bersama Bintang Anugerah Skrin awal bulan lalu. ― Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 1 Dis ― Membintangi drama 100 episod tidak memberi tekanan kepada Nazim Othman kerana didampingi pelakon dan kru produksi berkomitmen tinggi.

Nazim, nama popular Nushrul Alif bin Othman berkata menghadiri ke set penggambaran Lara Aishah memberikannya semangat baharu demi menjiwai watak Iskandar dalam drama tersebut.

“Saya tak rasa letih sebab itu memang pilihan saya untuk menjadi pelakon. Bila saya sudah menandatangani kontrak bermakna saya sudah fikir masak-masak.

“Pihak produksi dan pelakon tahu bidang masing-masing. Jadi semua sedar dengan tanggungjawab sendiri, itu menjadikan suasana kerja kami harmoni.   

“Setiap hari bangun kerja, saya tak rasa terbeban sebab sudah rasa sebati kerana sudah hampir setahun,” katanya kepada ProjekMMO.

Lara Aishah drama arahan Riza Baharudin turut menampilkan Fasha Sandha, Dayana Roza, Shah Jaszle, Maria Farida, Datuk Eizlan Yusof dan Ainul Aishah.

Drama terbitan Global Station itu bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang di Astro Prima dan Astro Maya HD.

Nazim, 32, berkata penggambaran yang berlangsung setakat ini tidak mendatangkan masalah dan berjalan mengikut jadual.

Katanya, masalah pelakon lambat ke lokasi tidak menjadi isu dan tidak mengganggu babak lakonannya.

“Cabaran dari segi tekanan kurang sebab pasukan kami satu pasukan yang amat baik. Kalau dulu saya bising [pelakon lambat] tetapi sekarang saya bertambah matang.

“Selagi mereka tidak mengganggu kerja saya dan babak lakonan saya habis dibuat, elok saya diam saja.

“Kalau mengganggu, mungkin saya akan bising. Tetapi setakat ini tiada apa-apa,” katanya.

Bercerita pengalaman bergelar suami, Nazim berkata tiada banyak perubahan dirasa dan rumah tangga mereka dalam keadaan harmoni.

Katanya, apa yang diharapkan doa restu daripada peminat agar bahtera perkahwinan yang dibina sejak September lalu kekal hingga ke Jannah.

“[Hal kahwin] biar saya simpan antara saya dengan dia [isteri] tetapi saya rasa semua benda yang positif.

“Kalau dia [isteri] masak saya makan. Kalau dia tidak masak tidak mengapa kerana saya setiap hari di lokasi.

“Bila saya balik, kalau boleh saya tak mahu dia buat kerja sangat. Tetapi dia memang rajin masak untuk saya, jadi saya makan sajalah,” katanya.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline