Last updated Saturday, December 10, 2016 7:04 am GMT+8

Friday December 2, 2016
7:47 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Insiden runtuhan kira-kira 3.30 petang kelmarin menyebabkan seorang pekerja kontrak warga Vietnam berumur 21 tahun maut manakala lima lagi cedera.— Foto oleh Yusof Mat IsaInsiden runtuhan kira-kira 3.30 petang kelmarin menyebabkan seorang pekerja kontrak warga Vietnam berumur 21 tahun maut manakala lima lagi cedera.— Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 2 Dis — Polis semalam mengesahkan tiada lagi mangsa lain yang terbabit dalam kejadian runtuhan sebuah bangunan dan jejambat dalam pembinaan berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor berkata jumlah keseluruhan mangsa yang terbabit adalah seramai enam orang iaitu pekerja tapak pembinaan warga Vietnam, Pakistan dan Indonesia termasuk seorang warga Vietnam yang maut akibat insiden itu.

“Pasukan penyelamat telah menggunakan dua ekor anjing pengesan bagi mengesan mangsa yang dikatakan tertimbus sejak kelmarin namun usaha itu juga gagal menemui sebarang mangsa atau mayat,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya pihak majikan selaku pemaju pembinaan itu juga tidak dapat memberikan butir-butir pengenalan mangsa atau orang yang hilang semasa bekerja di lokasi kejadian.

Justeru, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah ditamatkan pada pukul 11 pagi semalam selepas tiada mangsa atau mayat yang dikesan di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya masih menempatkan satu balai polis bergerak bersama dua anggota untuk memantau lokasi kejadian dan kerja pembersihan runtuhan sedang dilakukan oleh pihak pemaju.

Insiden runtuhan kira-kira 3.30 petang kelmarin menyebabkan seorang pekerja kontrak warga Vietnam berumur 21 tahun maut manakala lima lagi cedera.

Operasi SAR giat dijalankan sehingga tengah malam sebelum operasi disambung pada pukul 8 pagi sehingga 11 pagi semalam kerana dikhuatiri masih terdapat mangsa lain yang terperangkap dalam runtuhan itu. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline