Tuesday July 25, 2017
4:18 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata majlis atau jabatan agama hanya memiliki kuasa dalam urusan pengesahan halal terhadap barangan dan bukan sebaliknya. — Foto oleh Yusof Mat IsaDatuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata majlis atau jabatan agama hanya memiliki kuasa dalam urusan pengesahan halal terhadap barangan dan bukan sebaliknya. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 25 Julai — Kerajaan tiada kuasa mengeluarkan “sijil tidak halal” atau “sijil haram” terhadap produk yang haram digunakan umat Islam.

Timbalan menteri di jabatan perdana menteri berkata tiada ada peruntukan undang-undang yang membenarkan perkara itu, lapor Kosmo!.

Sebaliknya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata kawalan pensijilan, logo dan tanda halal tertakluk kepada Akta Perihal Dagangan 2011.

Katanya, Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri (Main) atau Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) berperanan memberi status halal.

“Ini bermakna Jakim dan MAIN atau JAIN hanya mengeluarkan sijil pengesahan halal sahaja dan diberi kepada pihak berkelayakan yang memohon secara sukarela,” katanya.

Beliau menasihati pengguna supaya menggunakan kebijaksanaan masing-masing untuk memilih barangan mengikut panduan sedia ada.

Asyraf Wajdi menjawab soalan Tuan Ahmad Baihaki yang bertanya di Dewan Rakyat sama ada kerajaan mahu mengeluarkan sijil atau cap tidak halal bagi memudahkan pengecaman. 

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline