Last updated Thursday, September 29, 2016 12:01 am GMT+8

Thursday September 22, 2016
12:00 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Remy Ishak mendakwa pernah menerima ugutan bunuh kerana menolak pelawaan seorang wanita VIP. ― Foto ihsan Instagram/Remy IshakRemy Ishak mendakwa pernah menerima ugutan bunuh kerana menolak pelawaan seorang wanita VIP. ― Foto ihsan Instagram/Remy IshakKUALA LUMPUR, 22 Sept — Rumah seorang pelakon lelaki di Serdang, Selangor diserbu Jumaat lalu, namun pihak polis tidak menemukan sebarang dadah seperti yang diadu.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang individu yang mendakwa rumah pelakon itu dijadikan tempat menyimpan bekalan dadah.

“Ketika serbuan, terdapat beberapa wanita di rumah itu, namun pelakon berusia 34 tahun itu tidak berada di rumah. Wanita-wanita itu mungkin rakan pelakon berkenaan.

“Pihak polis menjalankan pemeriksaan ke atas rumah itu dan tidak menjumpai sebarang bekalan dadah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pengurus pelakon berkenaan yang dikenali sebagai Azlin enggan mengulas berkaitan perkara itu dan berkata ia merupakan hal peribadi pelakon tersebut.

 

 

Sebelum ini, pihak media melaporkan pelakon itu telah menerima ugutan bunuh daripada seorang lelaki yang dipercayai bekerja dengan seorang wanita kenamaan.

Pelakon yang masih bujang itu kemudiannya dilapor membuat laporan polis berhubung ugutan tersebut. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline