Tuesday September 12, 2017
4:51 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Hasan Malek berucap dalam satu program di Parlimen Kuala Pilah — Foto ihsan Facebook/YB Dato Hasan bin MalekDatuk Seri Hasan Malek berucap dalam satu program di Parlimen Kuala Pilah — Foto ihsan Facebook/YB Dato Hasan bin MalekSEREMBAN, 12 Sept ― Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Hasan Malek dijadual mula berlakon dalam filem This Is Pilah minggu ini.

Duta Besar Malaysia ke Kemboja itu melakonkan watak dirinya sendiri dalam dua babak filem komedi arahan Rosdi Md Dali, lapor Berita Harian.

Pulang ke tanah air minggu ini, beliau berharap pengalaman pertamanya berlakon berjalan lancar.

“Ini hanya sumbangan kecil saya dalam menyokong usaha anak muda dalam industri filem tempatan,” katanya.

This Is Pilah mengisahkan hasrat seorang pemuda berasal Kuala Pilah yang mahu berkahwin dengan gadis idamannya daripada suku yang sama.

Terbitan Madness Films, filem yang dilakon penyanyi rap Juzzthin sebagai watak utama, bakal ditayang awal tahun depan. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline