Tuesday July 18, 2017
4:18 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Paparan skrin video menunjukkan beberapa pengawal kondominium di USJ 1, Subang Jaya merebahkan peninju seni bela diri, 17 Julai 2017.Paparan skrin video menunjukkan beberapa pengawal kondominium di USJ 1, Subang Jaya merebahkan peninju seni bela diri, 17 Julai 2017.SUBANG JAYA, 18 Julai — Seorang ahli sukan seni bela diri berbadan sasa dengan senang-senang direbahkan tiga pengawal keselamatan kondominium. 

Namun Darriush Kha Lili mendakwa beliau sengaja tidak melawan bagi mengelak sebarang kecederaan kepada pengawal tersebut, lapor New Straits Times

Video insiden itu, dipercayai 5 petang semalam, di USJ 1 di sini menular di media sosial. Ia berlaku setelah lelaki itu tidak dibenarkan masuk.

Darriush, mengaku berbaju hitam dalam rakaman itu, mahu memasuki premis namun dihalang pengawal keselamatan yang berbadan lebih kecil, lapor Harian Metro.

Video lebih seminit itu menunjukkan berlaku bergelutan antaranya dengan pengawal walau pada awalnya cuba dileraikan seorang lagi lelaki yang menyaksikan.

Dua lagi pengawal kemudiannya meluru lalu membantu rakan mereka memukul peninju itu berkali-kali dengan cota dan mengunci pergerakan kaki dan tangannya.

Pergelutan itu turut menarik tumpuan penghuni pangsapuri lain sebelum kedua-dua tangan peninju itu diikat dengan tali selepas tidak meneruskan pergelutan.

Dalam portal berbahasa Inggeris itu, Darriush mengakui beliau melakukan kesilapan dan berharap insiden itu tidak menjadi kes polis.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline