Tuesday February 14, 2017
9:06 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Lim Guan Eng terpedaya dengan ikrar ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him Lim Guan Eng terpedaya dengan ikrar ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him GEORGE TOWN, 14 Feb — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini memohon maaf kepada parti dan anggotanya kerana kesilapan beliau dalam mempercayai kesetiaan Anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dan puaknya.

Lim berkata beliau terpedaya dengan ikrar Sim bahawa beliau (Sim) “hidup sebagai anggota DAP dan akan mati sebagai anggota DAP”, sedangkan kepercayaan itu jelas di tempat yang salah.

“Saya tersilap kerana percaya bahawa Sim akan terus berpegang teguh dan setia kepada DAP di sebalik perbezaan yang begitu ketara dengan para pemimpin CEC (Jawatankuasa Eksekutif Pusat).

“Inilah sebabnya kumpulan berempat ini dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum 2013,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain Sim, tiga lagi yang keluar daripada parti ialah Anggota Dewan Undangan Negeri iaitu Lim Jak Wong (Bachang), Goh Leong San (Duyong) dan Chin Choon Seong (Kesidang).

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata sekiranya Sim masih setia kepada DAP, beliau seharusnya kekal di dalam parti untuk berkempen dan meyakinkan anggota DAP supaya menyingkirkan pemimpin parti yang kurang disenanginya.

“Sim mengingkari logik dengan menegaskan bahawa beliau masih setia kepada DAP selepas mengkhianati parti. Atau adakah Sim telah hilang keyakinan untuk mendapatkan sokongan daripada anggota DAP berikutan kekalahan puak beliau dalam pemilihan jawatan DAP Melaka pada 2015?” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pemimpin dan anggota parti supaya tidak memandang rendah kepada ancaman berikutan dakwaan mengejutkan dan tidak masuk akal oleh Sim serta puak beliau bahawa mereka masih setia kepada parti. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline