Last updated -- GMT+8

Saturday May 20, 2017
4:21 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Wakil AMK Melaka berkata sayap itu kini terbelenggu dengan 3R iaitu 'rasuah, rosak dan rebah' yang sebelum ini tidak wujud semasa pimpinan Shamsul Iskandar Mohd Akin. — Foto oleh Saw Siow FengWakil AMK Melaka berkata sayap itu kini terbelenggu dengan 3R iaitu 'rasuah, rosak dan rebah' yang sebelum ini tidak wujud semasa pimpinan Shamsul Iskandar Mohd Akin. — Foto oleh Saw Siow FengSHAH ALAM, 20 Mei ― Pimpinan muda Angkatan Muda Keadilan (AMK) disaran meletak jawatan selepas sayap parti itu terpalit dengan isu rasuah, kata seorang perwakilan hari ini.

Naqiuddin Nazir dari Melaka berkata AMK berdepan sindrom 3L iaitu “lemah, lembap dan lembik”.

“Kalau tidak mampu galas tanggungjawab letak jawatan!” katanya yang mengundang sorakan daripada perwakilan.

Dia berkata AMK terbelenggu dengan 3R iaitu “rasuah, rosak dan rebah” yang sebelum ini tidak wujud semasa pimpinan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Orang memanggil AMK ‘Angkatan Muda Korup’, kita tidak pernah dengar sebelum ini,” katanya.

Tuduhan rasuah dalam AMK dibangkitkan susulan penahanan bekas ketua AMK Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah.

Adam didakwa atas enam tuduhan berkait keterangan palsu di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.  

* Baca selanjutnya di Malay Mail Online.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline